BAGINDA RASULULLAH ﷺ BERKATA, APA YANG KAMU SUKA PADA DUNIA INI ???
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Pada suatu hari Rasulullah ﷺ duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. Bermula di tanyakan kepada Sayyidina Abu Bakar RA :
"Apa yg kamu suka dari dunia ini?" Dan berkatalah Sayyidina Abu Bakar RA.
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk-duduk bersamamu ya Rasulullah ﷺ.
2. Melihat wajah mu ya Rasulullah ﷺ.
3. Aku korbankan hartaku untuk mu ya Rasulullah ﷺ "
Lalu Rasulullah ﷺ bertanya dengan sayyidina Umar RA. "bagaimana pula dengan mu ya Umar?"
Jawab Sayyidina Umar RA "ada 3 perkara juga yang aku suka :
1. Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3. Berkata yg benar walaupun pahit"
"dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"
Berkata Sayyidina Uthman RA.
"ada 3 perkara yang aku suka :
1. Memberi makan
2. Memberi salam
3. Bersolat malam di waktu manusia tidur"
"bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ?"
"aku juga cintakan 3 perkara :
1. Memuliakan tetamu
2. Berpuasa di musim panas
3. dan memukul musuh dengan pedang"
Kemudian bertanya Rasulullah ﷺ pada Sayyidina Abu Dzar RA.
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Sayyidina Abu Dzar RA "aku suka 3 perkara di dunia ini:
1. Lapar
2. Sakit
3. Mati"
Kemudian Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
Berkata Sayyidina Abu Dzar RA.
"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"
Kemudian bersabdalah Rasulullah ﷺ "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara :
1. Wangian
2.Wanita yang solehah
3.Solat menjadi penyejuk mata ku"
Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril AS memberi salam pada Rasulullah ﷺ & para sahabat.
Kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
1. Menyampaikan risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin"
Kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya ALLOH ﷻ mengucapkan salam kepada kamu semua & ALLOH ﷻ berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara :
1. Lidah yang sentiasa berzikir.
2. Hati yang sentiasa khusyuk.
3. Jasad yang sabar menanggung ujian - ujian.
Mudah2an bisa di jadikan sebagai PELAJARAN dan TAULADAN untuk kita menjalani hidup ini.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SHOLAWAT ADALAH JALAN PINTAS MENUJU MAKRIFATULLAH ...
SHOLAWAT ADALAH JALAN PINTAS MENUJU MAKRIFATULLAH ... Singkatnya gini: JALAN MENUJU ALLAH سبحا نه و تعالى ADALAH NABI MUHAMMAD ﷺ. DAN JALAN...
-
Pertemuan Al Habib Umar bin Hafidz dengan Rosululloh SAW | Al Habib Alwi bin Abdullah Alaydrus SHOLAWAT NUR YANG LANGSUNG DARI ROSULULLOH ...
-
Riwayat Singkat Simbah KH.CHUDLORI BIN H.ICHSAN BIN H.ABDUL CHALIM TEGALREJO. -1912 Lahir di Tegalrejo Magelang -1923. Mondok di ...
No comments:
Post a Comment